" Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah"
- Pramoedya Ananta Toer -


About Me

My photo
Anak bongsu dari tiga adik beradik, penuntut Universiti Teknologi MARA, jurusan Pengurusan Komunikasi dan Polisi

Sunday 30 October 2011

Kesan Kebiadaban di Dunia Siber

      Gambar Hiasan


     Dewasa ini, penggunaan internet menjadi budaya kepada masyarakat Malaysia. Setiap rumah, pejabat-pejabat di sektor kerajaan mahupun swasta, rangkaian internet menjadi medium utama untuk menjalankan tugas. Internet telah menjadi satu fenomena baru di negara ini apabila setiap tahun pengguna internet bertambah hari demi hari. Walaupun penggunaan internet banyak kebaikan, namun masih terselit banyak keburukan. Justeru itu, saya terpanggil untuk memberi pandangan terhadap artikel yang di tulis oleh Dr. Rahmat Ghazali bertajuk Kesan Kebiadaban di Dunia Siber yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.


     Dalam artikel beliau menyatakan  kebebasan siber atau internet yang diberikan kerajaan adalah untuk percambahan maklumat, ilmu dan idea yang boleh melahirkan minda intelek di kalangang rakyat Malaysia yang seiring dengan bangsa-bangsa lain yang sudah maju kehadapan. Pada pendapat saya, kebaikan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan ibarat ‘melepaskan anjing yang tersepit’. Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan telah disia-siakan, malah segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan internet untuk mengkritik cara pentadbiran kerajaan Malaysia secara terbuka dengan bahasa yang kurang sesuai.

    Medium internet juga digunakan untuk menyerang individu tertentu demi kepentingan peribadi. Sebagai contoh, dilaporkan di dalan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Oktober 2011, seorang blogger didapati bersalah selepas menyiarkan empat artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Kejadian ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan internet yang diberikan oleh kerajaan telah disalahgunakan.

     Melihat pula kajian yang dilakukan oleh Dr. Rahmat berkenaan engin carian Google yang mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun. Saya berasa amat sedih, dalam menuju ke ambang negara maju tahun 2020, beginikah sikap masyarakat  yang kita bentuk terutama generasi muda yang suatu hari akan memimpin negara. Kebanyakan sikap mereka kini banyak dipengaruhi oleh internet yang membolehkan mereka mencari  pelbagai maklumat. 

     Sebagai contoh, menonton video lucah menerusi blog-blog tertentu dan ‘youtube’. Akibatnya kita dapat lihat apabila masalah sosial dikalangan remaja semakin meruncing. Dilaporkan oleh BERNAMA.Com bertarikh 5 Oktober 2011, enam remaja bersama 60 VCD lucah telah ditahan di Perlis kerana menonton video lucah dan empat daripada pelajar tersebut ponteng sekolah semata-mata untuk tujuan tersebut. 

     Internet ini lebih banyak buruknya dari kebaikan kerana sikap manusia itu sendiri, saya sarankan supaya kebebasan internet ini dikaji semula demi kepentingan sejagat, terutama demi generasi baru yang akan mantadbir negara pada masa hadapan. Kata orang bijak pandai, jika hendak melihat sebuah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya masa kini.

Sunday 23 October 2011

Belanjawan 2012-Hala Tuju Pendidikan Negara



Falsafah pemandu 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ telah menjadi teras pembentangan belanjawan 2012. Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membentangkan belanjawan tersebut sekitar 4 petang  pada 7 Oktober 2011. Seiring dengan falsafah yang telah dibawa oleh beliau rakyat didahulukan benar-benar telah ditunaikan apabila belanjawan 2012 memperuntukan 232.8 billion ringgit Malaysia bagi memenuhi kesejahteraan rakyat.

Belanjawaan yang ke- 54 ini telah merubah coraknya sehingga setiap lapisan umur,bangsa dan agama tidak lepas dari menikmatinya. Selari dengan konsepnya ‘Dasar Transformasi Nasional: Bajet membela rakyat, mensejahterakan negara.’ Semua lapisan masyarakat pada belanjawan ini pertama kalinya dapat merasai sendiri hasil belanjawan ini.

Pelajar-pelajar sekolah rendah hingga menengah, malah pelajar Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Insititusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga tidak terkecuali dapat menikmati secara terus belanjawan ini. Hal ini secara tidak langsung dapat menyokong Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Hal ini kita dapat lihat apabila bajet membela rakyat telah memperuntukan 50.02 billion ringgit Malaysia untuk sektor pendidikan. 1 billoon ringgit diperuntukan untuk penyelenggaraan sekolah dan membeli peralatan. Peruntukan ini amat perlu dalam melengkapi kekurangan peralatan di sekolah terutama bahan bacaan yang bermutu tinggi, dan alatan untuk makmal sains yang agak tinggi kosnya.

Selain itu kerajaan memperuntukan 100 juta ringgit untuk sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Peruntukan ini selari dengan falsafah yang dibawa oleh Perdana Menteri kita iaitu 1Malaysia yang akan mengambil berat tentang semua kaum. Dengan peruntukan tersebut jelas menunjukan beliau tidak mahu mana-mana kaum di negara ini ketinggalan dari segi pelajaran.

Dalam belanjawan ini juga Perdana Menteri telah mengumukan potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar Negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing. Peruntukan ini sepatutnya di tarik balik demi menjaga keselamatan negara, kesan ini kita dapat lihat apabila lambakan warga Afrika yang memasuki negara ini dengan menggunakan alasan sebagai pelajar telah menimbulkan banyak masalah contohnya kes dadah dan masalah sosial.

Pengumuman pemansuhan yuran sekolah kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan perkara paling gembira bukan sahaja kepada pelajar-pelajar bahkan ibubapa kerana mereka tidak perlu risau setiap kali bermulanya musim persekolahan. Wang tersebut mungkin boleh digunakan untuk persiapan yang lain seperti buku dan pakaian sekolah.

Pemasuhan ini termasuk juga yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful, iaitu sebanyak RM 24.50       bagi murid sekolah rendah dan bagi pelajar sekolah menengah RM 33.50. Jelas di sini menunjukan kesungguhan kerajaan ingin memudahkan para pelajar terutama ibubapa yang berpendapatan rendah dan sederhana dan mempunya bilangan anak yang ramai, dengan menyediakan pendidikan dengan percuma bermula tahun hadapan.

Sementara itu bantuan persekolahan RM 100 akan diberikan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah setiap seorang. Bantuan ini sekaligus dapat mengurangkan masalah keciciran pelajar seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pelajar Datuk Dr Wee Ka Siong dalam akhbar Berita Harian bertarikh 10 Oktober 2011. Dilaporkan 70, 000  hingga 80, 000 pelajar tercicir dari persekolahan menyebabkan mereka kurang berminat dalam pelajaran. Bantuan ini mungkin dapat menarik balik minat mereka kembali untuk terus mencari ilmu.

Pelajar IPTA dan IPTS juga tidak terkecuali dalam menerima impak belanjawan ini. RM 200 baucar buku akan diberikan pada setiap pelajar. Baucar ini dapat dilihat dapat mengurangkan kos pembelanjaan pelajar terutama setiap kali apabila bermulanya semester. Kos yang besar terpaksa diperuntukan oleh pelajar untuk membeli buku, kerana harga buku sangat mahal. Dengan baucar ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban pelajar.

 Kerajaan sudah mengambil langkah awal dengan memberi baucar kepada pelajar IPTA dan IPTS untuk meringkan beban kewangan, tetapi lebih baik jika pihak kerajaan dapat menyediakan bantuan atau insiantif makanan kepada semua pelajar IPT. Selain buku, pembelanjaan kos makanan yang agak tinggi dan tidak menentu terpaksa ditanggung oleh pelajar-pelajar.

Tuntasnya, belanjawan 2012 memperlihatkan pihak kerajaan ingin memberi semula wang rakyat kepada rakyat, Malangnya, peruntukan untuk sektor swasta amat sikit. Majoriti rakyat berpuas hati dengan apa yang telah diperuntukan untuk mereka. Tahniah kerajaan Malaysia.