" Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah"
- Pramoedya Ananta Toer -


About Me

My photo
Anak bongsu dari tiga adik beradik, penuntut Universiti Teknologi MARA, jurusan Pengurusan Komunikasi dan Polisi

Monday 14 November 2011

Kewartawanan dalam talian amat perlu di kawal


            Peningkatan kes dadah, peningkatan peratusan kes rogol, gejala sosial dan kes rasuah telah menjadi kekangan untuk negara kita mencapai kemajuan. Tetapi dizaman globalisasi ini jenayah siber telah mengambil tempat, berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan kes-kes yang lain.
Perkara ini kita dapat lihat apabila pengguna internet bertambah setiap tahun. Menurut laporan yang di keluarkan oleh Internet World Stats sebanyak 44.0% penduduk Asia merupakan pengguna internet. (http://www.internetworldstats.com/stats3.htm#asia)

Statistik Pengguna Internet di Asia, sehingga 31 Mac 2011

Daripada peratusan di atas, 1.8% sahaja merupakan pengguna internet di Malaysia. Namun, peningkatan penggunaan internet di Malaysia meningkat tahun demi tahun.

Statistik pengguna internet di Malaysia dari tahun 2006 hingga Jun 2011
Graf di atas menunjukkan peningkatan pengguna internet di Malaysia yang meningkat saban tahun. Populasi penduduk Malaysia sehingga Jun 2011 ialah 28, 728, 607 penduduk. 16, 902,600 daripada populasi tersebut merupakan pengguna internet (http://www.internetworldstats.com/asia/my.htm).  Kesan daripada peningkatan statistik pengguna internet di atas,  serta ekoran pencabahan sumber maklumat seperti, blog, facebook, twitter dan lain-lain akhbar arus perdana berhadapan dengan ancaman yang besar.
Walaupun catatan jualan akhbar berbahasa Melayu di laporkan meningkat lebih sejuta orang sejak lima tahun kebelakangan ini, seperti yang di laporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Oktober 2010, tetapi, pengiklan tidak berasa yakin untuk mengiklankan produk mereka di dalam akhbar. Hal ini menunjukkan pengiklan mula beralih arah dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka melalui surat khabar.
Trend kini pula menunjukkan akhbar yang mudah di bawa, bersaiz kecil seperti, Metro dan Kosmo mendapat tempat di hati pembaca dan mencatat hasil jualan yang tinggi. Kesimpulan yang kita lihat di sini, pembaca lebih gemar sesuatu yang mudah. 
Gambar Hiasan
Terutama anak-anak muda yang banyak menghabiskan masa mereka melayari internet. Dari pergi ke kedai dan memerlukan bayaran RM 1. 50 untuk senaskah Utusan Malaysia, RM 2.00 untuk Harian Metro mereka merasakan lebih mudah jika hanya klik di enjin carian google.
Mereka bukan hanya mampu membaca satu jenis akhbar, bahkan kesemua akhbar dapat di baca secara percuma di talian. Antara akhbar dalam talian yang menjadi kegemaran ramai:-
Apa yang menjadi masalah kini apabila pembaca akhbar, tidak kira yang membaca secara dalam talian ataupun dengan membeli surat khabar mula menolak fakta di dalam akhbar yang di baca dan mula mempercayai fakta-fakta yang di berikan oleh para penulis blog yang identitinya langsung tidak kita ketahui.
Masyarakat kita berhadapan dengan ancaman yang besar apabila pengaruh blog ini bakal menjadi fenomena di Negara kita dan sudah pun menjadi ancaman kepada Negara kita. Kemudahan yang di beri telah disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh, Raja Petra Kamaruddin editor Malaysia Today dan penulis blog di tahan di bawah Akta Keselamatan Negeri  (ISA) kerana didikawa boleh menggangu dan mengancam keselamatan dan kenteraman awam kerana menyiarkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Raja Petra Kamaruddin

Masalah yang kedua timbul apabila perkataan yang kurang sesuai di gunakan dan memaparkan gambar-gambar yang tidak bermoral dalam blog para penulis blog, seperti maki hamun orang tertentu. Kesannya adalah terhadap golongan yang membaca, kerisauan kita tentunya terhadap anak-anak yang membesar di zaman blog ini. Penulis blog ini tidak mempelajari etika penulisan, di sebabkan itu mereka tidak beretika apabila menulis.
Contoh perkataan kurang sesuai yang disiarkan di dalam blog
Impak kewartawanan dalam talian terlalu serius, sehinggakan jatuh bangun karier politik seorang ahli politik juga dapat di tentukan melalui medium ini. Kerajaan harus peka dan segera bertindak sebelum nasi menjadi bubur.









Wednesday 9 November 2011

Muzium Perang~Seribu satu Cerita~

     
     Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah, pasti akan mengulanginya. Bagi peminat sejarah rasanya tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke Muzium Perang. Muzium yang kaya dengan pelbagai khazanah dan menyimpan seribu kisah ini amat berharga untuk kita menghayati sejarah negara kita.

     Tinggalan British yang lebih 70 tahun itu terletak di negeri yang kaya dengan sejarah dan destinasi pelancongan terkenal iaitu di Pulau Pinang.  Mungkin ramai yang tidak ketahui disebalik bukit yang terletak di tenggara utara tanah air, merupakan muzium perang yang pertama di Malaysia.
Artifak pertama yang pengunjung akan temui semasa laluan ke Muzium Perang
     Rm 20 dikenakan sebagai bayaran bagi orang dewasa yang mempunyai MyKad, Rm 10 bagi kanak-kanak. Sebaik saja anda membayar yuran masuk anda akan diberikan tiket dan peta muzium perang. Lebihan bayaran sebanyak Rm 5 dikenakan untuk pelawat yang membawa video kamera dan Rm 2 bagi yang membawa kamera.
Tiket dan peta muzium

     Bayaran Rm 20 pastinya berbaloi, kerana pengunjung dapat menerima pengalaman yang berharga. Anda pastinya tidak akan berasa bosan sepanjang lawatan kesana. Terdapat lebih 30 artifak yang boleh anda lihat sendiri. Antaranya terowong bawah tanah, kubu, meriam, bilik masak,penjara dan lain-lain lagi.
penulis bersama meriam..:)