" Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah"
- Pramoedya Ananta Toer -


About Me

My photo
Anak bongsu dari tiga adik beradik, penuntut Universiti Teknologi MARA, jurusan Pengurusan Komunikasi dan Polisi

Wednesday 9 November 2011

Muzium Perang~Seribu satu Cerita~

     
     Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah, pasti akan mengulanginya. Bagi peminat sejarah rasanya tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke Muzium Perang. Muzium yang kaya dengan pelbagai khazanah dan menyimpan seribu kisah ini amat berharga untuk kita menghayati sejarah negara kita.

     Tinggalan British yang lebih 70 tahun itu terletak di negeri yang kaya dengan sejarah dan destinasi pelancongan terkenal iaitu di Pulau Pinang.  Mungkin ramai yang tidak ketahui disebalik bukit yang terletak di tenggara utara tanah air, merupakan muzium perang yang pertama di Malaysia.
Artifak pertama yang pengunjung akan temui semasa laluan ke Muzium Perang
     Rm 20 dikenakan sebagai bayaran bagi orang dewasa yang mempunyai MyKad, Rm 10 bagi kanak-kanak. Sebaik saja anda membayar yuran masuk anda akan diberikan tiket dan peta muzium perang. Lebihan bayaran sebanyak Rm 5 dikenakan untuk pelawat yang membawa video kamera dan Rm 2 bagi yang membawa kamera.
Tiket dan peta muzium

     Bayaran Rm 20 pastinya berbaloi, kerana pengunjung dapat menerima pengalaman yang berharga. Anda pastinya tidak akan berasa bosan sepanjang lawatan kesana. Terdapat lebih 30 artifak yang boleh anda lihat sendiri. Antaranya terowong bawah tanah, kubu, meriam, bilik masak,penjara dan lain-lain lagi.
penulis bersama meriam..:)

No comments:

Post a Comment