" Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang dari masyarakat dan sejarah"
- Pramoedya Ananta Toer -


About Me

My photo
Anak bongsu dari tiga adik beradik, penuntut Universiti Teknologi MARA, jurusan Pengurusan Komunikasi dan Polisi

Sunday 30 October 2011

Kesan Kebiadaban di Dunia Siber

      Gambar Hiasan


     Dewasa ini, penggunaan internet menjadi budaya kepada masyarakat Malaysia. Setiap rumah, pejabat-pejabat di sektor kerajaan mahupun swasta, rangkaian internet menjadi medium utama untuk menjalankan tugas. Internet telah menjadi satu fenomena baru di negara ini apabila setiap tahun pengguna internet bertambah hari demi hari. Walaupun penggunaan internet banyak kebaikan, namun masih terselit banyak keburukan. Justeru itu, saya terpanggil untuk memberi pandangan terhadap artikel yang di tulis oleh Dr. Rahmat Ghazali bertajuk Kesan Kebiadaban di Dunia Siber yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.


     Dalam artikel beliau menyatakan  kebebasan siber atau internet yang diberikan kerajaan adalah untuk percambahan maklumat, ilmu dan idea yang boleh melahirkan minda intelek di kalangang rakyat Malaysia yang seiring dengan bangsa-bangsa lain yang sudah maju kehadapan. Pada pendapat saya, kebaikan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan ibarat ‘melepaskan anjing yang tersepit’. Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan telah disia-siakan, malah segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan internet untuk mengkritik cara pentadbiran kerajaan Malaysia secara terbuka dengan bahasa yang kurang sesuai.

    Medium internet juga digunakan untuk menyerang individu tertentu demi kepentingan peribadi. Sebagai contoh, dilaporkan di dalan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Oktober 2011, seorang blogger didapati bersalah selepas menyiarkan empat artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Kejadian ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan internet yang diberikan oleh kerajaan telah disalahgunakan.

     Melihat pula kajian yang dilakukan oleh Dr. Rahmat berkenaan engin carian Google yang mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun. Saya berasa amat sedih, dalam menuju ke ambang negara maju tahun 2020, beginikah sikap masyarakat  yang kita bentuk terutama generasi muda yang suatu hari akan memimpin negara. Kebanyakan sikap mereka kini banyak dipengaruhi oleh internet yang membolehkan mereka mencari  pelbagai maklumat. 

     Sebagai contoh, menonton video lucah menerusi blog-blog tertentu dan ‘youtube’. Akibatnya kita dapat lihat apabila masalah sosial dikalangan remaja semakin meruncing. Dilaporkan oleh BERNAMA.Com bertarikh 5 Oktober 2011, enam remaja bersama 60 VCD lucah telah ditahan di Perlis kerana menonton video lucah dan empat daripada pelajar tersebut ponteng sekolah semata-mata untuk tujuan tersebut. 

     Internet ini lebih banyak buruknya dari kebaikan kerana sikap manusia itu sendiri, saya sarankan supaya kebebasan internet ini dikaji semula demi kepentingan sejagat, terutama demi generasi baru yang akan mantadbir negara pada masa hadapan. Kata orang bijak pandai, jika hendak melihat sebuah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya masa kini.

8 comments: